Photobucket

Followers

Sunday, February 21, 2010

Kursus Perkaderan IPTA/IPTS 2010


Mesti korang tak tahu ape benda kursus yang aku attend ni.Huhu.
Mula-mula Amirul lah yang bagitaw semua MT PERSIS kena attend kursus anjuran MAIS tuh.
Kursus tuh dia buat kat Hotel Impian Morib, 3 hari 2 malam. Nasib baik FREE !!
Kalo kena bayar, takpe lah. Terima kasih jela banyak-banyak. huhu.

Actually Kursus Perkaderan ni macam kursus untuk pendakwah muda.
Masa taklimat mula-mula tuh. Pihak urusetia bagitaw kami akan masuk ke Kg. Orang Asli. Waaaa.
Time tuh gile EXCITEDDDDD dow~
Yelaa. Salu lalu and tengok je kg. orang asli ni dari jauh. Now dapat peluang masuk kg. orang asli.
Teruja ! Teruja ! Teruja ! Hee. Opss. over excited. Ampun ya. Hihi.
Tapikan. Macam-macam ilmu baru yang aku belajar masa attend kursus nih.
Pastu ramai kenal student-student lain macam dari UIA, Kolej Darul Hikmah, UKM, PKPIM dan banyak lagi lah.




Wakil dari KUIS :
Dari belakang kiri, Amni, Awanis, Fidai', Ain dan Raihanah.
Depan dari kiri, Amirul, Zaid, Arif Zaki, Huzael dan Miftah.



Setelah berkursus selama 2 hari di Hotel tuh. 
Tibalah kemuncaknya iaitu pada hari ketiga di mana kami akan menjalankan praktikal 
di Perkampungan Orang Asli Bukit Bakong. =)
Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan.
==> Kumpulan 1 pergi menziarahi rumah ke rumah orang asli.
==> Kumpulan 2  berada di padang untuk handle sukaneka.

Aku dapat kumpulan 2. Handle sukaneka ! Orang Asli nih satu budaya dia yang aku respect sangat.
Dorang pandai hormat orang. If kita bagi dia pape. Dorang X KAN lupe cakap "terima kasih".
Itu yang aku suke gila pasal orang asli nih. Kita orang melayu nih pun kekadang lupe nak ucap terima kasihkan ??? Xpela. Itu salah satu pelajaran yang aku dapat masa kat situ, =)

Antara Gambar-Gambar Yang Sempat Ku Potretkan Untuk Dijadikan Kenangan


Bersama-sama anak-anak orang asli yang pemalu tapi ramah.







Mula-mula malu. Tapi lama-lama haaa macam nih laa. Hihi. (:










 Batalion anak-anak orang asli. :)




Batalion anak-anak orang melayu (:









Haaa ini part yang agak segan. Lawan tarik tali dengan anak orang asli. Tapi kalah. 3-0. Malu je. -_-



Bye-bye semua. Semoga segala kenangan dan ukhwah yang tercipta antara kita tidak akan tenggelam dek waktu, tak lekang dek zaman. Panjang umur insyaAllah kami datang lagi.




lotsa love,
*cik zaki*


No comments:

Post a Comment