Photobucket

Followers

Thursday, February 25, 2010

Cecahkanlah dahimu ke sejadah




Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan


Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti







Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Sunday, February 21, 2010

Kursus Perkaderan IPTA/IPTS 2010


Mesti korang tak tahu ape benda kursus yang aku attend ni.Huhu.
Mula-mula Amirul lah yang bagitaw semua MT PERSIS kena attend kursus anjuran MAIS tuh.
Kursus tuh dia buat kat Hotel Impian Morib, 3 hari 2 malam. Nasib baik FREE !!
Kalo kena bayar, takpe lah. Terima kasih jela banyak-banyak. huhu.

Actually Kursus Perkaderan ni macam kursus untuk pendakwah muda.
Masa taklimat mula-mula tuh. Pihak urusetia bagitaw kami akan masuk ke Kg. Orang Asli. Waaaa.
Time tuh gile EXCITEDDDDD dow~
Yelaa. Salu lalu and tengok je kg. orang asli ni dari jauh. Now dapat peluang masuk kg. orang asli.
Teruja ! Teruja ! Teruja ! Hee. Opss. over excited. Ampun ya. Hihi.
Tapikan. Macam-macam ilmu baru yang aku belajar masa attend kursus nih.
Pastu ramai kenal student-student lain macam dari UIA, Kolej Darul Hikmah, UKM, PKPIM dan banyak lagi lah.




Wakil dari KUIS :
Dari belakang kiri, Amni, Awanis, Fidai', Ain dan Raihanah.
Depan dari kiri, Amirul, Zaid, Arif Zaki, Huzael dan Miftah.



Setelah berkursus selama 2 hari di Hotel tuh. 
Tibalah kemuncaknya iaitu pada hari ketiga di mana kami akan menjalankan praktikal 
di Perkampungan Orang Asli Bukit Bakong. =)
Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan.
==> Kumpulan 1 pergi menziarahi rumah ke rumah orang asli.
==> Kumpulan 2  berada di padang untuk handle sukaneka.

Aku dapat kumpulan 2. Handle sukaneka ! Orang Asli nih satu budaya dia yang aku respect sangat.
Dorang pandai hormat orang. If kita bagi dia pape. Dorang X KAN lupe cakap "terima kasih".
Itu yang aku suke gila pasal orang asli nih. Kita orang melayu nih pun kekadang lupe nak ucap terima kasihkan ??? Xpela. Itu salah satu pelajaran yang aku dapat masa kat situ, =)

Antara Gambar-Gambar Yang Sempat Ku Potretkan Untuk Dijadikan Kenangan


Bersama-sama anak-anak orang asli yang pemalu tapi ramah.







Mula-mula malu. Tapi lama-lama haaa macam nih laa. Hihi. (:










 Batalion anak-anak orang asli. :)




Batalion anak-anak orang melayu (:









Haaa ini part yang agak segan. Lawan tarik tali dengan anak orang asli. Tapi kalah. 3-0. Malu je. -_-



Bye-bye semua. Semoga segala kenangan dan ukhwah yang tercipta antara kita tidak akan tenggelam dek waktu, tak lekang dek zaman. Panjang umur insyaAllah kami datang lagi.




lotsa love,
*cik zaki*


Tuesday, February 9, 2010

Genap sudah hari ini.


Alhamdulillah.
Itu ucapan yang mampu aku lafazkan.
Terima kasih Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kerana dengan izin dan limpah kurniaMu aku masih bernyawa pada hari ini.
Hari ini. 9 February 2010. Genap usia aku 19 tahun. Fuhhh !
Macam tak percaya dah 19 tahun aku hidup kt muka bumi ini.
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di atas muka bumi Mu.

Buat Ibu tersayang, Azizah Bt Hassan.
Terima kasih IBU. Terima kasih sbb lahir dan besarkan abg selama 19 tahun. Terima kasih kerana menjaga abang selama nih. Abg rasa bertuah dan bersyukur dapat ibu yang memahami dan penyayang.
i loveee youuu ibu ! love youuu banyak-banyak ! muah ! muah ! muah !

Buah Ayah tercinta, Che Ghazali B Omar.
Terima kasih AYAH. Terima kasih sbb untuk segalanya. Terima kasih untuk segala nasihat dan teguran yang ayah berikan untuk abg. InsyaAllah abg akan sentiasa igt apa yang ayah pesan tuh. Abg bangga jadi anak ayah. i loveee youu ayah ! love youuu banyak-banyak ! muah ! 

Buat Rakan-Rakan.
Terima kasih kawan-kawan sbb wish birthday aku. Ingat jugak korang birthday aku kan ? Hee~
Terharu je.  Korang memang sahabat aku dunia akhirat ! Sayang korang semua. 
Semoga persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila.
Pada Housemate kuh. Thanx sangat-sangat buat suprise td.
Ye² je si Hafeesz kejot suro bangun. Kata dah maghrib. Dengan mamai-mamai aku keluar.
Sekali keluar tengok-tengok nape gelap jer kat luar. Rupe-rupenya.
Ada kek and dorang nyanyi happy bufday rmi-rmi ! OMG ! Sumpah Terharu gileeeeeeee !
Korunk mmg rock ! Terbaekkk dari ladang la weyyyyy. muahxx ! Hak3.
Sayang korang sangat-sangat !


Aku harap dengan meningkatnya umur aku nih akan mematangkan aku lagi.
Tak boley jadi cam budak-budak lagi. Dah tua dah. malu skit arif oii,
hihihih.

lotsa happy and lovely,
cik zaki ='*